4 Oktober 2013 - 20:30
Belum lahir ulama UMNO yang berani berdepan dengan Syiah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sambil mempertikaikan ulama UMNO yang semakin pudar identiti agamanya apabila mengejar jawatan dalam parti tersebut, Mohd. Shauki Abd. Majid percaya masih belum lahir seorang pun tokoh yang mampu berdepan dengan kelompok Syiah secara intelektual.Beliau mengemukakan kritikan demikian dalam akhbar Utusan Malaysia semalam sambil menyatakan, "Belum muncul seorang pemimpin ulama dalam UMNO yang berani berdepan secara intelektual dengan kelompok Syiah. Paling ramai ialah golongan ulama yang hanya cekap membuat selaran dan mendedahkan pelanggaran akidah golongan tersebut secara ‘jarak jauh’ ataupun menerusi media, sedangkan apa yang lebih diperlukan adalah turun padang mencari dan memulihkan mereka."Beliau yang juga Pengurus Besar Analisa dan Pengurusan Isu, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) turut menegur ulama yang dikatakan masih gagal mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada pengembangan mazhab Syiah akibat terlalu takut memulihkan pengikutnya untuk kembali kepada Sunni.Pandangan yang diutarakan beliau berkemungkinan menyabitkan projek anti Syiah yang dipelopori oleh parti tersebut sebagai motif politik semata-mata, bukan sebagai keikhlasan untuk pembangunan masyarakat.